SUKAN-LAIN
Kebakaran Paip Gas Putra Heights: Skuad Satria Rakan Muda pastikan kelancaran saluran bantuan di PPS
Rakan Muda menerusi Sukarelawan Anak Malaysia (Satria) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited dalam menjaga kebajikan mangsa insiden kebakaran salur paip gas di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menerima bantuan sewajarnya.
KBS menerusi Program Rakan Muda bertanggungjawab dalam menempatkan sukarelawan Satria di Masjid Putra Height dengan seramai 15 individu yang telah digerakkan sejak 3 April lagi.
Antara tugasan sukarelawan Satria adalah termasuk membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam menguruskan pusat PPS seperti menguruskan dan mengkoordinasi sumbangan dan bantuan kepada hampir 390 mangsa.
Iklan
Dalam pada itu, Satria Rakan Muda dibawah slogan 'Gaya Hidup Rakan Prihatin' turut menyediakan pelbagai inisiatif termasuk permainan dalam rumah bagi mengurangkan aspke tekanan dan emosi mangsa.
"Untuk Satria yang dating hari ini, jika diikutkan ringkasan tugasan yang kami dapat hari ini memestikan keadaan terkawal daripada aspek kesesakan trafik, pengangihan saluran bantuan.
"Satu lagi kumpulan Satria yang akan menjaga aspek pemakaian di satu lagi PPS, di sini kami lebih fokuskan pada aspek penginapan penduduk terkesan dan memastikan keadaan terkawal selain barangan dalam keadaan terbaik.
"Satria ini akan berkhidmat sehingga PPS ini berakhir." kata wakil sukarelawan Satria, Muhammad Amir Mohamed Hamzah Hairul Anuar.

Must-Watch Video