Skip to main content

Sukan

Kebakaran Paip Gas Putra Heights: Pihak Kerajaan komited bantu proses pemulihan dari masa ke masa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

adam-adli.jpg
Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), Adam Adli Abdul Halim, peka dengan isu kebakaran salur paip gas yang memberikan kesan kepada kediaman, emosi, fizikal dan harta benda penduduk sekitar di Putra Heights, Subang Jaya, baru-baru ini.

Dengan mengambil kira kesengsaraan yang dialami penduduk tanpa mengira latar belakang, dia mengambil inisiatif segera melawat mangsa terjejas dengan pelbagai inisiatif bagi meringankan beban mangsa.

"Pertama sekali saya merakamkan ucapan takziah mewakili KBS atas musibah dan bencana yang menimpa, ini merupakan kejadian yang memberikan kesan kepada semua orang. Kami mendoakan mereka kuat dan bersemangat untuk memulakan kehidupan kembali.

"Pihak kerajaan sedia membantu daripada masa ke sama dalam proses pemulihan kepada mangsa-mangsa yang terkesan," katanya.

Sementara itu, Sekretariat Sukarelawan Majlis Sukan Negeri Selangor, Aly Idham Alykallam, dan Presiden Alumni Mycorps, Syed Salleh Syed Sulaiman, membutirkan senyuman kepada mangsa terlibat dengan bantuan bersifat psikologi serta pembersihan kawasan yang dilanda bencana itu.

"Kami temui penduduk setempat dalam PPS perlukan hiburan, kami sumbangkan 'indoor game' untuk mereka luangkan masa bersama komuniti terjejas," tambahnya.

Turut tidak ketinggalan, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Azura Abidin, tampil bersama dalam usaha pembersihan kawasan terjejas dan memuji semangat yang dipamerkan anak muda yang ikhlas dalam membantu mangsa yang terlibat.

"Kami berada di lokasi sejak hari kejadian lagi, dan setakat ini seramai 21 sukarelawanan Satria yang banyak laksanakan program sukarelawan dibawah naungan KBS menerusi Rakan Muda." ujarnya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video