Skip to main content

Sukan SEA

Karate: Sharmendran tambah koleksi emas Malaysia

karate-sharmindren.jpg
R. Sharmendran meraih emas ketiga skuad karate negara apabila mengungguli acara kumite B-75 kilogram lelaki Sukan SEA Filipina di Pusat Dagangan Dunia, Metro Manila sebentar tadi.

Jaguh negara itu menamatkan aksi selama tiga minit berkenaan dengan kemenangan 3-0 ke atas lawan dari Thailand, Muntaen Songvut, untuk memenangi pingat emas.

Terdahulu, skuad karate negara memperoleh dua emas menerusi S. Prem Kumar (B-55kg lelaki) dan P. Madhuri (B-55kg wanita).

Advertisement

Must Watch Video