Skip to main content

Tenis

Kalah angkara ketiak busuk?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tenis.jpg
Gara-gara tidak tahan bau busuk ketiak lawan, pemain tenis wanita Britain, Harriet Dart, meminta umpire perlawanan untuk menegur pemain tenis Perancis, Lois Boisson ketika mereka sedang bertarung dalam Kejohanan Terbuka Rouen.

Dart yang tewas set pertama 0 - 6 dalam masa 28 minit di set pertama dilihat menghampiri umpire perlawanan di pertengahan set kedua dan meminta agar umpire menyuruh Boisson memakai wangian ketiak  (deodorant) kerana tidak tahan bau busuk.

Komen Dart itu didengari menerusi siaran televisyen dengan jelas menyatakan: "Bolehkah anda menyuruh dia memakai deodorant?




"Bau ketiaknya sangat busuk!

Dart yang tewas di set kedua 3 - 6 kemudiannya memohon maaf menerusi akaun Instagramnya dan menyesal dengan kelakuan melampaunya.

Rupanya tindakan Dart itu memberi Boisson idea untuk membalasnya dengan hantaran gambar yang disunting di Instagram sambil memegang deodorant jenama DOVE dengan kapsyen 'DOVE apparently need a collab'.

Untung la ketiak busuk, boleh menang straight set!

Advertisement

Must Watch Video