MPL MY
Jurulatih Homebois, Pabz undur diri selepas gagal mara ke separuh akhir
Jurulatih profesional E-sukan, Khairul Azman atau lebih dikenali sebagai Pabz mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ketua jurulatih pasukan Homebois susulan mengambil tanggungjawab penuh di atas kekalahan anak buahnya di Mid Season Cup 2024 (MSC), Riyadh, Arab Saudi, Khamis lepas.
Malah, dia juga mengundurkan diri daripada organisasi Homebois dalam sidang media selepas perlawanan dengan harapan Homebois dapat mencari jurulatih baru yang mampu menjadi nadi untuk pasukan itu lebih berjaya di masa akan datang.
Iklan
Homebois terpaksa akur selepas tewas 2-3 dalam saingan sengit ketika berdepan cabaran wakil Singapura, NIP Flash, sekaligus tidak berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir saingan MSC.
"Kekalahan kami hari ini (Jumaat) adalah kerana prestasi kami sepanjang kejohanan ini tidak memberangsangksan, jadi kesalahan ini bukan pada pemain-pemain dan saya akan mengambil tanggungjawab penuh.
"Mungkin kelemahan ketika latihan dan penerapan disiplin yang kurang, jadi sebagai jurulatih Homebois saya melepaskan jawatan saya dan mengundurkan diri daripada Homebois."
"Pertama sekali kerana saya tidak boleh beri lebih kepada Homebois walaupun prestasi kita semakin meningkat daripada musim sebelum ini.
"Mesti ada pembaharuan, jika bukan pada pemain mungkin pada diri saya sendiri. Saya rasa lebih baik Homebois ambil jurulatih yang boleh pupuk nilai disiplin pada pemain." katanya.
.
Must-Watch Video