Ketua jurulatih Selangor TOT, Patt Sriwijit, percaya kehadiran ketua jurulatih baru futsal negara dari Thailand yang bakal diketengahkan kelak mampu memberi nafas baru buat Malaysia.
Jelas Sriwijit, kebanyakan kepakaran pengendali dari Thailand adalah terarah kepada bakat pemain muda dan satu langkah baik untuk pembangunan kancah tempatan.
Cabaran utama buat mana-mana jurulatih sebaik sahaja tiba di Malaysia adalah untuk mengenal pasti corak, budaya serta falsafah futsal tempatan.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Rosmadi Ismail, mengesahkan badan induk itu bakal melantik ketua jurulatih baru dari negara Gajah Perang itu bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan pengendali terdahulu, Chiew Chun Yong.
Antara nama yang dikaitkan dengan jawatan ketua jurulatih kebangsaan ialah Rakhpol Sainetngam, Udom Yaveesuk, serta Suksan Sangsri.
Kali terakhir Malaysia menggunakan khidmat ketua jurulatih asing ialah pada 2016 yang ketika itu di bawah kendalian Marcelo Serpa dari Brazil.
Tugasan utama buat ketua jurulatih futsal negara yang baru ialah kelayakan Piala Asia 2024 pada 7 hingga 11 Oktober depan di Uzbekistan.
"Pelantikan jurulatih dari Thailand mampu memacu kancah futsal di Malaysia.
"Saya pernah bekerjasama dengan mereka di sana dan mereka gemar menggunakan khidmat pemain remaja seawal usia 17 tahun," katanya.