Skip to main content

Sukan Lain

Jurulatih dari Korea tetap jadi pilihan Taekwondo Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

taekwando17118.jpg
Taekwondo Malaysia (TM) perlu segera menyelesaikan proses pencarian jurulatih kebangsaan untuk membantu menyediakan skuad mantap kerana tirai pembukaan Sukan Asia Jakarta dan Palembang hanya tinggal tujuh bulan.

Skuad taekwondo negara tempang dalam persediaan menghadapi temasya itu apabila kehilangan jurulatih, Kim Hong Gon, yang telah tamat kontrak hujung tahun lalu, sementara pembantu jurulatih, Rusfredy Tokan Petrus, juga sudah meletakkan jawatan.

Pihak persatuan sedang berusaha mencari pengganti mereka, dengan harapan akan terus mendapatkan sentuhan jurulatih dari Korea Selatan.

Ketika ini, beberapa jurulatih di peringkat pelapis diberikan tanggungjawab mengemudi skuad negara sementara menantikan pelantikan jurulatih baru.

"Ia akan bergantung kepada mesyuarat akan datang. Saya fikir mesyuarat itu di antara persatuan dan MSN (Majlis Sukan negara).

"Taekwondo ini berasal dari Korea Selatan, mereka memang pakar. Jadi, kami akan mencari jurulatih dari sana," kata pemangku jurulatih taekwondo negara, Yap Yih Ting.

Dalam perkembangan lain, TM juga menamakan empat atlet yang terdiri daripada pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur, Ogos lalu, Rozaimi Rozali, Chew Wei Yan, Yap Khim Wen dan Yong Jin Kun dalam senarai atlet ke Sukan SEA 2019.

"Semua atlet daripada skuad tahun lalu, termasuk pemenang emas (Sukan SEA), akan terlibat untuk temasya sukan pada 2019," tambah Yih Ting.

Advertisement

Must Watch Video