Atlet terjun wanita negara, Cheong Jun Hoong, yang masih menjalani rawatan di Institut Sukan Negara (ISN) ingin kembali ke kolam renang menjelang Mac ini.
Jun Hoong, 28, yang terpaksa berehat lama kerana kecederaan lutut yang serius, memberitahu dia beransur pulih dengan proses rawatan yang diterima di ISN dan masih menanti kelulusan pegawai perubatan ISN sebelum kembali berlatih seperti biasa.
“Saya berharap untuk kembali berlatih seperti biasa secepat mungkin tetapi ia bergantung kepada pelepasan perubatan daripada pegawai ISN.
"Setakat ini, saya semakin pulih dengan proses pemulihan dan berharap saya akan dapat beraksi tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui dalam pelancaran buku bekas perenang negara, Datuk Robert Lim, “Everything is a story--The Memoirs of Dato’ Robert Lim” di ibu negara, hari ini.
Jun Hoong mungkin terpaksa melupakan Kejohanan Siri Terjun Piala Dunia pertama di Jepun dari 1 hingga 3 Mac depan bagi memastikan dia benar-benar cergas untuk menyertai kejohanan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, termasuk Kejohanan Dunia FINA di Gwangju, Korea Selatan pada Julai.
Sementara itu, pemenang pingat emas Kejohanan Akuatik Dunia 2017 itu berkata dia sedia untuk berlatih di bawah mana-mana jurulatih yang dipilih oleh Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM).
Ini setelah jurulatih dari China, Zhang Yukun, yang melatih atlet terjun wanita tidak menyambung kontrak dengan ASUM selepas mengambil keputusan untuk menjadi jurulatih di tanah airnya.
“Sudah tentu, saya gemar berlatih di bawah jurulatih dari China kerana saya sudah biasa dengan kaedah latihan mereka tetapi saya sanggup untuk dilatih mana-mana jurulatih yang dipilih ASUM," kata Olahragawati Kebangsaan 2017 itu.
-- BERNAMA