Skip to main content

Sukan Lain

Juara Terbuka Malaysia, Ethan Damien berusia 15 tahun bakal gegar Singapura

boling.jpg
Atlet muda kelahiran Kenyalang, Ethan Damien Goh, terus menjadi bualan selepas kini menggalas cabaran lebih besar dalam Kejohanan Antarabangsa Sonic Klasik 2025 di Singapura, sekali gus menandakan penampilan sulungnya dalam kategori terbuka di peringkat antarabangsa.

Lebih membanggakan, Ethan bukan sahaja mencipta sejarah sebagai atlet termuda berusia 15 tahun menjuarai Kejohanan Terbuka Malaysia baru-baru ini, tetapi turut melakar nama sebagai anak jati Sarawak pertama yang menjulang gelaran berprestij itu. 

"Saya sudah bersedia dan akan melakukan yang terbaik. 

"Apa sahaja boleh berlaku dalam boling. 




"Sama ada anda menang dengan jatuhan satu pin atau kalah dengan satu pin," katanya kepada wartawan Astro Arena, Husna Zainudin.

Begitupun, aura kejuaraan tidak semestinya menjanjikan laluan mudah dengan sistem kejohanan klasik di mana setiap pemain hanya memiliki 18 jumlah permainan untuk mengumpul mata bagi melayakkan diri ke pusingan akhir. 

Jelasnya, kehadiran lebih ramai pemain berpengalaman dari seluruh dunia pasti menyajikan saingan hebat buat dirinya dalam misi membuka langkah pertama membina tapak kukuh di pentas dunia.

"Cabaran besar untuk semua orang dan tengok siapa yang akan menjadi terbaik," tambahnya. 

Advertisement

Must Watch Video