ONE FC
Jojo tekad kembangkan skil bertarung
Jaguh muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar, perlu lebih tenang dan menyesuaikan diri dengan strategi berlainan sebagai persediaan menghadapi lawan berbeza.
Perkara tersebut diluahkannya selepas melihat tidak semua lawan mampu ditumbangkan secara 'technical knock out' (TKO) berikutan tumpas kepada Johan Estupinan dalam pertarungan One170 di Impact Arena, Bangkok, Thailand, kelmarin.
"Macam biasa, kalau strategi betul tak juga kalah.
Iklan
"Jadi bagi pertarungan seterusnya, saya perlu ubah strategi dan corak pertarungan.
"Tetapi kalau daripada segi fizikal dan mental, saya berada di tahap 100 peratus.
"Beginilah sukan muay thai. kadang-kadang menang adakala kalah -- dalam separuh saat pertarungan boleh berubah.
"Insya-Allah saya akan cuba (pendekatan) yang lain pula dalam aksi seterusnya," katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Dalam pada itu, Jojo turut menzahirkan penghargaan terhadap legenda sukan tempur, Demetrious Johnson yang memuji teknik dan tumbukan padunya.
Selepas ini, Jojo mengidamkan satu lagi pertarungan bagi membalas dendam kekalahannya kepada Estupinan yang bakal diadakan tahun ini.
"Saya akan cuba dalam pertarungan seterusnya.
"Saya perlu menjadi lebih serba boleh maka saya akan fokus kepada (tingkatkan aspek) tangan, kaki lutut dan siku -- perlu tingkatkan apa yang patut," katanya lagi.
Must-Watch Video