MUAY THAI

Jojo tak sabar kembali bertarung

Stadium Astro
Stadium Astro
18/03/2025
03:31 MYT
Sponsor Banner
Jojo tak sabar kembali bertarung
Jaguh muay thai sensasi negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, memberi bayangan untuk kembali ke pentas pertarungan selepas berehat lebih dua bulan tanpa aksi kompetitif.
Perkembangan tersebut dikongsi Johan yang mesra disapa Jojo menerusi catatan di laman sosial semalam.
Johan memberi petanda mengenai satu pertarungan selepas Ramadan ini, namun sebarang perincian termasuk mengenai lawan dan venue masih menjadi tanda tanya.
“Tak sabar nak kembali dan tunjukkan pada dunia siapa diri saya. Lepas Ramadan, Jojo kembali,” katanya.
Kali terakhir petarung berusia 19 tahun beraksi adalah pada 24 Januari lalu ketika menentang Johan Estupinan di pentas ONE 170.
Bagaimanapun, pertarungan tersebut menyaksikan Johan tumpas tewas kepada bintang Colombia itu menerusi keputusan sebulat suara selepas tamat tiga pusingan dalam pertarungan kategori flyweight.
Enggan berputus asa Johan kembali membara untuk membalas dendam dan bersedia untuk kembali bertarung dengan Estupinan dalam pertarungan akan datang.
Sebagai rekod, petarung kelahiran Kuala Lumpur itu sudah melalui lapan aksi ONE Championship menerusi enam rekod kemenangan dan dua kekalahan.
Malah, Johan yang padu dengan tumbukannya berjaya melakar lima knockout (KO) ke atas lawannya sebelum ini.
Kredit: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video