MUAY THAI
Johan Ghazali lelong seluar bersejarah
engah hari tadi, Johan "Jojo" Ghazali mengejutkan peminat apabila mengumumkan di Instagram bahawa dia akan melelong seluar pertarungan terakhirnya.
Seluar yang dipakainya ketika menentang Johan Estupinan dalam ONE 170 pada Januari lalu.
Seluar ini bukan sekadar memorabilia, tetapi turut mempunyai kesan percikan darah sebagai simbol perjuangannya di dalam gelanggang.
Iklan
Apa yang lebih bermakna, 100 peratus hasil lelongan akan disalurkan ke rumah anak yatim sebagai sebahagian daripada inisiatif amal sempena bulan Ramadan.

Selain itu, Jojo turut bertekad menambah jumlah sumbangan berdasarkan nilai bidaan yang diterima.
"Saya mahu kita semua mendapat manfaat, yang lain dapat memiliki seluar ini, dan pada masa yang sama kita bersama-sama menyumbang kepada mereka yang memerlukan,” kata Jojo.
Namun, hantaran asalnya telah dipadam sebentar tadi.
Kini, Jojo kembali dengan peraturan baharu dan dia sedang mencari penjual tempatan terbesar di Kuching untuk berkolaborasi dalam siaran langsung secara eksklusif bagi menjayakan lelongan ini.
Nantikan butiran lanjut siapakah yang akan membawa pulang seluar bersejarah ini?
Must-Watch Video