Skip to main content

Sukan Lain

Jimenez kongsi kedudukan teratas European Masters

miguelangeljimenezcropped_1fyjiuv62125l1i6sna26uegjr.jpg
Pemain golf veteran dari Sepanyol, Miguel Angel Jimenez, mencipta kejutan apabila berkongsi kedudukan teratas dengan dua lagi pesaing dalam pusingan pertama Kejohanan Omega European Masters di Switzerland, semalam.

Pemain berusia 53 tahun itu, yang juga pemenang paling tua dalam sejarah Jelajah Eropah, melakukan enam bawah par 64 pukulan untuk menyertai Tyyrell Hatton dan Scott Hend menempah kedudukan tiga teratas.

Jimenez yang memenangi kejohanan itu pada tahun 2010 berpuas hati dengan pencapaiannya untuk terus mengekalkan persaingan merebut kejuaraan.

"Enam bawah par 64 adalah menakjubkan," kata Jimenez.

"Saya bermain dengan baik. Saya bangun awal pagi pada hari ini dan menikmatinya kerana ia sungguh memberi motivasi.

"Posisi pin amat bagus dan lapangan golf di sini tidak terlalu luas," tambahnya.

Mengekori rapat di tangga keempat dan kelima adalah wakil Scotland, David Drysdale, dan pemain Afrika Selatan, Darren Fichardt.

Advertisement

Must Watch Video