Skip to main content

Advertisement

Sepak Takraw

Jersi terbaru sepak takraw negara mirip Harimau Malaya!

puma.jpg
Kemeriahan Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia ASTAF 2025 bakal menggegar Stadium Titiwangsa apabila skuad negara memburu kejuaraan di halaman sendiri, bermula 9 Mei ini.

Namun, apa yang mencuri tumpuan ialah, pelancaran jersi rasmi skuad kebangsaan mendapat pelbagai reaksi positif daripada penonton. 

Pakaian terbaru kem sepak takraw negara sememangnya mirip seperti jersi skuad Harimau Malaya. 

Lebih menarik, ia merupakan penaja sama! 

Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) menetapkan sasaran untuk skuad negara mara ke pentas final bagi keempat-empat acara yang dipertandingkan. 

Sebanyak empat acara akan dipertandingkan dalam kejohanan yang julung kali diadakan itu, iaitu acara regu, berpasukan, double dan kuadran.

Advertisement

Must Watch Video