Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi keputusan Jemaah Menteri hari ini meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Ke-34 dan Sukan Para ASEAN Ke-15 yang akan berlangsung pada 2027.
Jawatankuasa Pengelola itu akan dipengerusikan Menteri KBS, Hannah Yeoh, yang akan dibantu 16 Jawatankuasa kecil.
Dalam pada itu, Sekreteriat itu bakal berperanan bagi melaksanakan keputusan dan hala tuju yang ditetapkan Jawatankuasa Pengelola yang akan diketuai Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi yang bakal dilantik tidak lama lagi.
"Kementerian Belia dan Sukan hari ini mengumumkan keputusan Jemaah Menteri meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pengelola Sukan
SEA Ke-34 dan Sukan Para ASEAN Ke-15 yang dijadualkan berlangsung pada tahun 2027.
"Jemaah Menteri dalam mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, juga telah meluluskan penubuhan Sekretariat Malaysia SEA Games Organising Committee (MASOC) 2027 bagi pelaksanaan penganjuran dua temasya sukan utama serantau itu.
"Jawatankuasa Pengelola akan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, dan dibantu 16 Jawatankuasa Kecil yang menyaksikan pembabitan pelbagai Kementerian, agensi dan badan sukan demi memastikan penglibatan menyeluruh semua pemegang taruh sukan negara.
Sekretariat MASOC yang berperanan melaksanakan keputusan dan hala tuju ditetapkan Jawatankuasa Pengelola pula akan diketuai Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi yang akan dilantik tidak lama lagi." katanya.