Atlet berbasikal lebuh raya negara, Nik Mohd Azwan Zulkiflie, berharap rentak cemerlangnya dapat diteruskan dengan membantu pasukan PDRM mencapai keputusan lebih baik dalam perlumbaan Jelajah Malaysia 2017, awal bulan depan.
Nik Mohd Azwan berada di kemuncak prestasi selepas meraih pingat emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, bulan lalu.
Dia merupakan sebahagian daripada skuad ujian masa lebuh raya negara yang turut merangkumi Fauzan Ahmad Lutfi serta pasangan kembar Muhammad Ameen dan Muhammad Ameer Ahmad Kamal.
Selain itu, dia juga menyumbangkan dua emas untuk PDRM dalam Sukan Anggota Polis Dunia di Los Angeles.
Kali ini, tumpuannya terarah kepada Jelajah Malaysia dengan misi utama memastikan PDRM menjadi pasukan tempatan terbaik, pencapaian yang kali terakhir dilakukan pada 2013.
"Pada 2013, kami menurunkan skuad utama. Namun, dua tahun lalu, saya terlibat bersama pasukan kebangsaan manakala Fauzan mengalami kecederaan.
"Jadi, untuk tahun ini kami akan turun dengan skuad utama dan akan cuba memberikan aksi terbaik buat PDRM," katanya.
Selain Nik Mohd Azwan, PDRM juga akan diperkuatkan dengan dua lagi pelumba berpengalaman, iaitu Fauzan dan juga Amir Mustafa Rusli.
Skuad PDRM menjalani persiapan yang cukup baik untuk menghadiri Jelajah Malaysia dengan kem latihan selama enam hari untuk mengikuti beberapa laluan di sekitar Perak, Pulau Pinang serta Kedah.
Nik Mohd Azwan turut berpandangan laluan yang bakal diharungi dalam saingan kali ini lebih mencabar, khususnya pendakian di Gunung Jerai di peringkat keempat.
"Perlumbaan ini banyak melibatkan laluan landai dan di peringkat keempat pula melibatkan pendakian sejauh 12km.
"Di peringkat itu, ia akan menjadi penentu jersi pasukan dan individu."