Skip to main content

Sukan Lain

JDT bakal teroka sukan tempur -- TMJ

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tmj.jpg
Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mendedahkan bahawa pasukan juara 10 kali  berturut-turut Liga Super itu bakal membuka satu lagi cawangan sukan bagi mengukuhkan jenama JDT.

Selepas futsal, E-sukan, permotoran dan hoki ais, kini sukan tempur pula menarik minat baginda untuk dijadikan sebagai projek terbaru JDT untuk menyertai Ultimate Fighting Championship (UFC), pada masa akan datang.

 
Hasrat tersebut diluahkan menerusi hantaran di Instagram milik baginda yang turut menyaksikan kelibat bekas petinju MMA dunia, Soa Palelei atau dikenali sebagai The Hulk oleh kebanyakan peminat.

Advertisement

Must Watch Video