Dia turut menjelaskan pendiriannya iaitu dia tidak akan bertarung dengan Mike Tyson dan berasakan peninju berusia 58 tahun itu hanya mahukan wang berbanding berdepan dengannya yang turut merupakan pempengaruh di Youtube.
Logan Paul reacts to his brother’s win and Mike Tyson’s call out. Read more on https://t.co/DPH54rgSdM. pic.twitter.com/67EQUrIDG7
— Mail Sport (@MailSport) November 16, 2024
"Saya menyukai Mike, saya sangat bangga dengan dia walaupun berusia 58 tahun dia sangat menggagumkan. Saya bangga dengan dia. Saya rasa Jake biarkan Mike terus hidup. Saya percaya itu.
Party Time#PaulTyson pic.twitter.com/pzDPxFIR4s
— Mike Tyson (@MikeTyson) November 16, 2024
Ketika ditanya mengenai cabaran Mike Tyson untuk berlawan dengannya, dia menjawab: "Saya rasa dia mahukan wang, dan bukan bertarung dengan saya. Saya tidak akan bertarung dengannya." tambahnya kepada Mail Sport.
Aksi epik itu berakhir selepas lapan pusingan dengan menyaksikan keputusan menang berpihak kepada petinju berusia 28 tahun itu di Stadium AT&T, Texas, Amerika Syarikat, sebentar tadi.