Skip to main content

Sukan Lain

Izzah Izzati mahu tambah 'muscle', fokus latihan di gim

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

izzah.jpg
Ratu berbasikal trek negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, kini dalam fasa mahu kekuatan fizikal dengan tumpuan penuh kepada program peningkatan jisim otot dengan sasaran mencapai berat badan 54 kilogram (kg) untuk terus bersaing di peringkat antarabangsa.

Olimpian itu menjelaskan pelan istimewa itu bermula sejurus selepas sambutan Aidilfitri membabitkan jadual pemakanan ketat, pengambilan protein khas dan sesi latihan bebanan intensif.

Izzah Izzati menerima Anugerah Olahragawati Pelajar Lencana Biru membawa pulang RM1,500.00 termasuk memperoleh Anugerah Khas atas kejayaan memecahkan rekod kebangsaan ketika Sukan Olimpik Paris, tahun lalu.

Pelumba berusia 21 tahun itu juga mendapat insentif RM10,000.00 atas pencapaian ketika Kejohanan Berbasikal Trek Asia.

"Sekarang, banyak fokus latihan dalam gimnasium, tetapi tidak lupa kayuhan di trek," katanya di Nadi Arena.

Sementara itu, pelari jarak sederhana 800 meter (m), Wan Muhammad Fazri Wan Zahari dinobat penerima Anugerah Olahragawan Pelajar yang menjadi pembakar semangat menjelang kemunculan dalam beberapa kejohanan utama tahun ini.

Lebih manis, atlet tersebut turut mempertahankan anugerah itu yang dimenangi tahun lalu, sekali gus menyaksikan dirinya antara atlet terbaik dimiliki Universiti Malaya (UM).

"Terima kasih kepada UM atas penghargaan yang diberikan. 

"Alhamdulillah, saya berjaya membuktikan atas pencapaian yang diterima oleh saya," katanya.

Advertisement

Must Watch Video