SUKAN-LAIN
Isu kesihatan mental: 'Atlet jangan berdiam, kami tahu apa perlu buat untuk bantu'
Susulan beberapa kes kesihatan mental dalam kem sukan negara, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, Dr. Vellapandian Ponnusamy, memuji atlet yang sudi menonjolkan diri bagi mendapatkan bantuan.
Dia juga mengesahkan, pihak ISN sendiri telah menyediakan kelengkapan yang cukup dan terbuka untuk menghulurkan bantuan yang sepatutnya kepada atlet yang memerlukan.
"Kita juga menyelesaikan masalah kesihatan mental ini sekiranya atlet bersifat terbuka, kerana masalah ini kadang kala atlet tidak bersifat terbuka kerana berasa malu.
Iklan
"Di ISN, menerusi inisiatif kami,baru-baru ni kami telah melantik klinikal psikologi untuk menyelesaikan isu berkaitan klinikal. Kita tidak perlu rujuk luar tetapi ada pakar dalaman sendiri,' katanya.
Vella juga berharap semua atlet yang menghadapi masalah sama untuk jangan berasa malu untuk 'keluar' supaya masalah itu mampu diselesaikan dan ditangkis secara efektif dan berkesan.
"Nasihat saya kepada atlet adalah jangan berdiam, hadir dan meluahkan agar kami tahu apa yang perlu dilakukan untuk membantu mereka." tambahnya.
Must-Watch Video