Skip to main content

Hoki

ISN sedia bantu skuad hoki negara capai sasaran ke Paris

faedzal.jpg
Institut Sukan Negara (ISN) sentiasa berkerjasama rapat dengan skuad hoki negara untuk memastikan anak buah Arul Selvaraj kekal berada pada tahap optimum menjelang Sukan Asia Hangzhou.

Barisan pemain hoki negara tampak sedang melalui situasi kritikal susulan temasya berkenaan berlangsung beberapa minggu selepas Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT).

"Program latihan dan perancangan pasukan bagi menghadapi musim 2023 telah dilakukan sejak permulaan musim lagi," kata Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Ahmad Faedzal Md Ramli.

"Jurulatih cukup mengetahui apa yang telah dilalui oleh barisan pemain dan faktor 'peak' awal tidak menjadi satu isu."

Terdahulu, skuad hoki negara dikhuatiri berdepan sindrom 'peak' awal rentetan prestasi terbaik ditunjukkan dalam ACT.

Ia disuarakan bekas pertahanan hoki negara, Mahinderjit Singh yang turut menyuarakan kebimbangan terhadap faktor konsistensi.

Lantas, pemain yang mewakili negara di Sukan Olimpik Atlanta 1996 dan Sydney 2000 itu berharap sistem sokongan ISN mampu menjadi penyelesaian termasuk perkara berkaitan psikologi.

"Kami percaya jurulatih adalah pakar dan pelatih psikologi kepada barisan atlet mereka jadi kami percaya setiap aturan jurulatih pasukan dengan memastikan sasaran layak ke Sukan Olimpik menerusi tiket Sukan Asia," katanya lagi.

 

Advertisement

Must Watch Video