Skip to main content

Sukan Lain

Insiden kebakaran Putra Heights: Belia Selangor bersatu bantu mangsa di PPS

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

msn-selangor.jpg
Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) dalam satu kiriman media sosial malam tadi memaklumkan bahawa Pasukan Selangor Volunteer (SERVE) dari Penggerak Belia Selangor (PeBS) Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) digerakkan bagi menghulurkan bantuan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights.

Masjid berkenaan menempatkan lebih 300 orang mangsa yang terjejas akibat insiden kebakaran saluran paip gas yang berlaku pagi kelmarin.

Pihak polis mengesahkan sebanyak 235 premis serta 399 buah kenderaan terjejas dalam kejadian itu dan telah menerima 59 laporan, antaranya berkaitan rumah dan kenderaan terjejas, kecederaan serta isu tanah.

Advertisement

Must Watch Video