BERITA SUKAN AM

Inisiatif YAKEB kerjasama Astro Arena dapat perhatian atlet kebangsaan

Stadium Astro
Ammar Hakim
26/03/2025
10:22 MYT
Sponsor Banner
Inisiatif YAKEB kerjasama Astro Arena dapat perhatian atlet kebangsaan
Inisiatif Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) dengan kerjasama Astro Arena menerusi Program Projek Ramadan terus mendapat perhatian daripada atlet kebangsaan yang lain untuk memperhebatkan lagi usaha tersebut dalam membantu bekas atlet kebangsaan yang kurang bernasib baik.
Pengerusi YAKEB, Datuk Shapawi Ismail, menegaskan sokongan itu perlu diketengahkan dalam misi memperluaskan lagi jaringan bantuan dengan melibatkan bekas atlet kebangsaan yang berjaya sebagai penyumbang dan mentor untuk membantu rakan-rakan seperjuangan.
Mengulas lanjut dia turut membentangkan perancangan untuk membuat pertemuan empat mata bersama legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan ratu skuasy tanah air, Datuk Nicol Ann David sebagai antara individu yang mahu dipelawa menjadi ahli YAKEB.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video