BERBASIKAL
Ini tiga pilihan hala tuju karier Azizulhasni Awang selepas bersara
Legenda berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, masih berteka-teki mengenai hala tuju kariernya selepas mengumumkan persaraan pasca Sukan Olimpik Paris tahun lalu.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh, ini tiga pilihan yang dimiliki Azizulhasni dalam merancang karier barunya.
1. Jurulatih skuad kebangsaan
Iklan
Tidak dapat dinafikan keinginan The Pocket Rocketman untuk menyumbang bakti dan segala pengalamannya untuk generasi baru skuad berbasikal trek negara.
Sewaktu mengumumkan persaraannya pada Ogos lalu, Azizulhasni berkata jika atlet negara memerlukan khidmatnya, dia akan sentiasa ada untuk mereka.
Ia merupakan satu bayangan bahawa Azizulhasni hampir pasti akan menyertai barisan kejurulatihan skuad kebangsaan apabila tiba masanya nanti.
2. Pakar motivasi
Dikhabarkan, Azizulhasni sememangnya berhasrat untuk menjadi pakar motivasi.
Ia merupakan medium terbaik untuk dia berkongsikan pengalamannya bangkit daripada kecederaan serius dan pembedahan jantung terbuka.
3. Pengulas Astro Arena
Adakah ini akan menjadi realiti? Sama-sama kita nantikan...
Must-Watch Video