SUKAN LAIN
Ini manifesto presiden PLBM jika terpilih
'May the best man win'. Itu reaksi ringkas Presiden Persatuan Lawn Bowl Malaysia (PLBM), Datuk Awalan Abdul Aziz, menjelang Kongres Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) esok.
Sudah pasti, ia merujuk kepada persaingan melibatkan seorang lagi calon iaitu Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Wira Nur Azmi Ahmad, yang juga memiliki reputasi tersendiri.
"Datuk Wira Nur Azmi ada kelebihannya tersendiri dengan pengalaman yang dia ada.
Iklan
"Saya percaya ini akan menjadi pertandingan yang sihat dan saya juga percaya dia akan beri yang terbaik," kata Datuk Awalan kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.
Datuk Awalan juga berkongsi beberapa perkara dalam perkiraannya untuk diketengahkan dengan misi utama untuk meletakkan MOM pada tahap yang lebih tinggi selepas ini.
"Kita tidak dapat membangunkan sukan negara ini secara organisasi individu.
"Kita perlu bekerja secara inklusif dan kita perlu juga berkolaborasi dengan pelbagai pihak yang lain.
"Saya melihat dengan pengalaman yang saya ada, saya dapat menyumbang sesuatu," katanya.
Must-Watch Video