Permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sekali lagi digunakan sebagai penganjuran konsert artis antarabangsa, Ed Sheeran di stadium terbabit, hari ini.

Tular sekeping gambar di media sosial yang menampilkan persiapan untuk konsert Ed Sheeran yang bakal dianjurkan di bahagian tengah padang SNBJ,



Meskipun kelihatan permukaan padang itu sudah 'dialas' namun kualiti padang yang baru ditukar ke rumput Zeon Zoysia itu sekali lagi akan terjejas.

Skuad Harimau Malaya dijangka menggunakan venue sama bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, 26 Mac ini.

Berbaki hanya sebulan untuk pertembungan menentang Oman itu, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sudah pasti perlu memastikan padang berada dalam keadaan yang benar-benar terbaik bagi mengelak 'tragedi' di konsert Coldplay berulang.