Skip to main content

Sukan Lain

Ini amaran keras kepada semua penganjur akan datang -- Hannah Yeoh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

h.jpg

'Ini amaran keras kepada semua penganjur akan datang'

Berikut merupakan penegasan daripada Menteri Belia Dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh, susulan isu panas berkenaan acara sukan tempur yang menggunakan konten kanak-kanak sebagai bahan promosi sebelum ini.

Hannah menegaskan KBS akan memperketatkan lagi tadbir urus dan aspek keselamatan dalam penganjuran sukan tempur 'full contact' di Malaysia hasil daripada data yang telah dan bakal diperoleh dengan kerjasama Peseruhjaya Sukan dan Persatuan Sukan berkaitan.

"Oleh itu kami akan ketatkan lagi. PJS akan mula dapatkan data dan selepas itu kami akan memperketatkan lagi.






"Perkara ini agar sekiranya ibu-bapa menghantar anak mereka untuk berlatih dan belajar dalam satu sukan mereka akan berasa selamat. Saya mahu memperomosikan gaya hidup sihat," katanya.

Apabila ditanya mengenai langkah-langkah dalam mengelak sidang media kontroversi acara sukan tempur, Hannah berkongsikan bakal ada syarat yang ketat juga bakal dikenakan demi mengelak ulangan perkara yang sama berlaku lagi.

"Sidang media dalam video sebelum ini di atas pentas. Bukan sahaja ada kanak-kanak, saya lihat video ada wanita. Kami akan kenakan syarat yang ketat." ujarnya.
 

Advertisement

Must Watch Video