Skip to main content

Sukan Lain

Impian Umar Osman ikuti Azeem Fahmi ke Universiti Auburn belum terkubur

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

umar.jpg
Hasrat pelari sensasi 400m negara, Umar Osman, ingin mengikuti jejak langkah pelari pecut kebangsaan, Azeem Fahmi, untuk menuntut di Universiti Auburn tidak kesampaian, namun impian tersebut masih belum terkubur.

Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robbert Ballard, belum berputus asa terhadap harapannya untuk melihat Umar berkelana di luar negara meskipun keputusan ujian pertuturan bahasa inggeris (TOEFL) tidak menyebelahinya. 

 

Ballard akan ke Johor Bahru dalam masa terdekat untuk melakukan perbincangan bersama pelari berusia 21 tahun itu bagi memutuskan perancangan terbaru bersama KOM.

Sudah semestinya Ballard mahu merealisasikan impian tersebut selain ingin menawarkan pilihan terbaik termasuk aspek akademik buat pemegang rekod kebangsaan acara 400m itu yang bakal menjadi permata baru sukan olahraga negara. 

Advertisement

Must Watch Video