Semangat komuniti pendaki tempatan menjadi tonggak utama di sebalik misi atlet cilik sukan dakian negara, Wong Eunice, yang bakal membuat sulung di peringkat antarabangsa menerusi IFSC Asian Kids Championship di India.
Menerusi kutipan dana bersama, komuniti dakian membuktikan sokongan mereka bukan daripada sekadar bantuan kewangan, sebaliknya menjadi suntikan semangat untuk mencabar kemampuannya.
"Pada mulanya saya berasa sedih tidak dapat menyertai pertandingan ini kerana kekangan kewangan.
"Kemudian tiga bulan sebelum kejohanan, kami berjaya mengumpul dana," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Menceburi bidang dakian pada usia 14 tahun menyajikan dirinya cabaran berbeza terutama daripada segi pengurusan masa untuk pendidikan dan latihan, namun rezekinya lahir dalam keluarga atlet membiasakan Eunice untuk bijak memanfaatkan masa sebaiknya.
"Saya perlu melakukan persiapan memantapkan fizikal selain membahagikan masa untuk belajar.
"Saya berlatih di sebelah pagi sementara pembelajaran pada sebelah malam.
"Saya amat teruja sambil berharap mendapat sokongan rakyat Malaysia," katanya lagi.