Pasukan E-Sukan tanahair, Todak sah akan mewakili negara pada Kejohanan World Esport (WEC) 2025 selepas muncul juara dalam kelayakan Malaysia dalam sukan Mobile Legends (MLBB) pada hujung minggu lalu.
Perkara itu disahkan dalam satu hantaran media sosial rasmi milik Persekutuan E-Sukan Malaysia.
Pusingan kelayakan itu turut disertai naib juara MPLMY musim ke-14, Team Vamos, Juara MPLMY musim ke-12, Homebois dan juga pendatang baru MPLMY musim ke-15, DX Soul.
Antara barisan pemain Todak dalam kelayakan ke WEC ialah:
1.Momo 2.Zahyed 3.Hazelnut 4.Yanlord 5.Zaimsempoi 6.Syihin
Perlawanan pertama menyaksikan Todak mudah menewaskan DX Soul dengan keputusan 2-0, pada perlawanan kedua, Todak sedikit bergelut menentang Team Vamos dengan merekodkan kemenangan 2-1 sebelum tewas pada perlawanan terakhir menentang Homebois 1-2.
Todak mengungguli kedudukan pertama kelayakan Malaysia ke IESF-WEC 2025 dengan mengumpul lima mata.