Skip to main content

Hoki

Hoki Remaja Asia: Malaysia buka kempen dengan kemenangan selesa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki-remaja.jpg
MALAYSIA 5 CHINA 2

Skuad hoki remaja negara memulakan kempen Kejohanan Remaja Asia 2024 dengan langkah kanan apabila mudah menewaskan China 5-2 di Muscat, Oman malam tadi.

Dalam aksi pembukaan Kumpulan B itu, China terlebih dahulu memperoleh jaringan menerusi pukulan sudut penalti yang disudahkan Wang Yubo pada minit kelima.

Bagaimanapun, Che Nur Aqilrullah Che Mohd Khairulzi Anwar memberikan respons dengan menyamakan kedudukan hasil jaringan padangnya pada minit ke-17.

Malaysia kemudian berada di depan menerusi gerakan pukulan sudut penalti yang disempurnakan Addy Jazmi Jamlus pada minit ke-34 sebelum Khairul Norizam menambah satu lagi jaringan pada minit ke-44 dan P. Naaveennash turut meletakkan nama selaku penjaring negara berselang seminit.

Zhang Jia Liang merapatkan jurang buat China pada minit ke-46 tetapi Danish Danial Abdul Wahab melengkapkan kemenangan pertama skuad negara menerusi satu lagi pukulan sudut penalti pada minit ke-59.

Malaysia seterusnya akan bertemu tuan rumah, Oman, bagi aksi kedua Kumpulan B malam ini.

 

Advertisement

Must Watch Video