Penyerang skuad hoki Belanda, Jeroen Hertzberger, mengakui pakar pukulan sudut penalti Malaysia antara yang terbaik di dunia, secara tidak langsung memberi amaran menjelang pertemuan dengan Malaysia dalam aksi sulung Kejohanan Hoki Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India, esok.
Hertzberger dan pertahanan, Sander De Wijn, beraksi dalam Liga Hoki Malaysia (LHM) 2018.
Mereka tahu kemampuan pemain negara untuk menjaringkan gol, terutama menerusi pakar pukulan sudut penalti, Muhammad Razie Abd Rahim dan Faizal Saari.
"Ia sesuatu yang perlu kami berwaspada.
"Malaysia handal dalam serangan balas, termasuk memiliki kemahiran tinggi selain bagus dalam hantaran bola tinggi menerusi pertahanan.
"Namun, kami yakin terhadap kemampuan kami dan boleh menang.
"Kami sudah bersedia menghadapi kemahiran pemain Malaysia dan serangan balas mereka.
"Secara umumnya, kebanyakan pasukan sudah mempunyai pakar pukulan sudut penalti, jadi kami harus bersedia," ujar Hertzberger.
Hertzberger dan De Wijn membantu Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menjulang Piala TNB 2018.
Belanda memiliki rekod cemerlang menentang Malaysia dengan kemenangan terakhir 8-1 dalam aksi ujian pada 2016.
Malah, pasukan di ranking keempat dunia berkenaan memiliki reputasi sebagai naib juara Piala Dunia 2014, sekali gus dijangka tiada masalah melepasi Kumpulan D.
"Saya pernah bermain di samping Joel Van Huizen.
"Oleh itu, saya tidak sabar untuk berhadapan dengannya serta berharap dia dapat mengharungi perlawanan dengan baik.
"Sudah tentu pelantikan Roelant Oltmans akan meningkatkan mutu permainan Malaysia.
"Malaysia sudah pasti akan bersedia sepenuhnya, begitu juga dengan kami. Ini pasti menjadi perlawanan yang menarik," kata De Wijn.