HOKI
Hoki Piala Asia: Arul gembira perancangan dalam aksi pertama menjadi
Ketua jurulatih skuad hoki negara, Arul Selvaraj, gembira apabila perancangannya dalam aksi pertama Kumpulan B, Kejohanan Hoki Piala Asia 2022 menjadi untuk Malaysia membelasah Oman 7-0 di Padang Hoki GBK, Jakarta hari ini.
Dalam perlawanan itu, Malaysia mendahului 4-0 dalam separuh masa pertama pertama hasil jaringan Hatrik Razie Rahim selain satu gol daripada Faizal Saari.
Malaysia kemudian menambah tiga lagi gol, masing-masing dijaringkan Shahril Saabah, Faiz Helmi Jali dan Ashran Hamsani.
Iklan
Ia meletakkan The Malaysian Hockey Tigers sebagai pendahulu Kumpulan B dan berpeluang cerah untuk layak ke pusingan kedua, di mana tiga pasukan terbaik dalam kejohanan itu akan layak secara automatik ke Piala Dunia Hoki di Bhubaneswar, India tahun depan.
Arul ternyata berpuas hati dengan corak permainan yang ditampilkan pasukannya dalam usaha memburu tempat ke Piala Dunia.
"Kami sebolehnya mahu menamatkan saingan lawan dalam suku pertama atau dalam separuh masa pertama agar lebih mudah untuk kami meneruskannya untuk menamatkan perlawanan," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi.
"Kami tidak mahu bergelut sepanjang perlawanan, jadi ia merupakan satu perancangan yang baik. Kami mendahului 4-0 dalam suku pertama.
"Kami katakan yang kami mahukan gol daripada Razie dan kami mendapatkan lima pukulan sudut penalti, dua daripadanya menghasilkan gol dan satu lagi (daripada Razie) melalui pukulan penalti.
"Terdapat lima penjaring berbeza dan ia menunjukkan bahawa kami boleh menjaringkan gol," katanya.
Malaysia seterusnya akan menentang Korea Selatan bagi aksi kedua petang esok.
Hoki Piala Asia: MAS 7-0 OMANBukan saja menang tapi mereka memenangi hari rakyat Malaysia @ASTROARENA pic.twitter.com/9C3918vwmf— Bazly.azmi (@bazlyazmi) May 23, 2022
Must-Watch Video