Tonggak senior skuad hoki negara, Marhan Jalil, sedia bertanggungjawab atas kekalahan Malaysia dalam final Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia (ACT) di Stadium Mayor Radhakrishnan, Chennai awal pagi tadi.
Skuad negara akur muncul naib juara kejohanan itu dan terlepas peluang untuk bergelar juara buat kali pertama selepas tewas 3-4 kepada pasukan tuan rumah, India, yang juga merupakan pasukan di ranking keempat dunia.
Malaysia mendahului 3-1 dalam separuh masa pertama tetapi India kemudian menjaringkan tiga lagi gol dalam dua suku berikutnya, termasuk dua gol pantas dalam tempoh seminit terakhir suku ketiga.
Kapten negara, Marhan, berkata kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis: "Apabila bermain di India, kami sedar bahawa penyokong mereka amat bising sehingga apabila kami mahu berkomunikasi dengan pemain juga perlu menggunakan nada yang kuat dan adakalanya ia tidak jelas.
"Bagi saya, untuk kejohanan ini, mungkin kami terlepas peluang untuk memnjadi juara dan mungkin juga ada hikmahnya.
"Sebagai ketua pasukan, saya mengambil sepenuhnya tanggungjawab ini dan akan memastikan kami akan ke Sukan Asia dengan lebih kuat dan dapat menewaskan mana-mana pasukan," katanya.