OLAHRAGA
Hasrat Umar Osman ikuti Azeem Fahmi ke Universiti Auburn tidak kesampaian
Hasrat pelari sensasi 400m negara, Umar Osman, ingin mengikuti jejak langkah pelari pecut kebangsaan, Azeem Fahmi, untuk menuntut di Universiti Auburn tidak kesampaian, susulan keputusan rasmi yang tidak melayakkannya untuk menyambung pelajaran di sana.
Impian tersebut menjejaskan impian Umar apabila tidak melepasi ujian kelayakan bahasa inggeris (TOEFL) dan terpaksa akur menyambung pelajaran di Politeknik Pasir Gudang.
Pengarah Teknikal Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robbert Ballard, belum berputus asa terhadap harapannya untuk melihat Umar berkelana di luar selain bakal mengadakan perbincangan terhadap hala tuju Umar selepas ini.
Iklan
Bagaimanapun, Umar tidak tidak meletakkan sebarang sasaran ke atas langkah yang mahu dijejaknya selepas ini.
"Sejujurnya saya agak sedih tetapi mungkin ada rezeki lain akan tiba jadi saya hanya kekal positif dan sedia menghadapi kejohanan akan datang.
"Buat masa sekarang, saya belum berkesempatan lagi berjumpa dengan Robbert jadi saya tidak pasti apa saranan yang bakal diberikan.
"Saya akan berjumpa dia untuk berbincang mengenai pelan masa depan," katanya.
Must-Watch Video