Skip to main content

Sukan Lain

Hasrat Azeem Fahmi ke final 60m NCAA tidak kesampaian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

azeem.jpg
Jaguh pecut kebangsaan, Muhammad Azeem Mohd Fahmi, tidak melepasi peringkat saringan acara 60 meter (m) yang menduduki tempat ketujuh untuk kempunan ke pentas akhir Kejohanan Akhir Olahraga Dalam Dewan Persatuan Olahraga Kolej Kebangsaan (NCAA) di Virginia, Amerika Syarikat.

Penuntut Universiti Auburn itu berada di kedudukan ke-13 keseluruhan daripada 16 pelumba dan mencatatkan larian 6.61 saat (s). 

Rakan sepasukannya, Israel Okin, membawa pulang pingat gangsa sementara Kayinsola Ajayi memenangi pingat perak kejohanan tersebut.

 

Dua minggu lalu, pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou memecahkan rekod kebangsaan miliknya sendiri dengan larian sepantas 6.56s, sekali gus menggondol pingat gangsa Southeastern Conference Indoor Track and Field Championships.
 

Advertisement

Must Watch Video