MENEMBAK

Haritz Iklil teruja pakar Korea Selatan kemudi kem menembak rifle

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
30/03/2025
11:04 MYT
Sponsor Banner
Haritz Iklil teruja pakar Korea Selatan kemudi kem menembak rifle
Penembak muda negara, Haritz Iklil Hessly, sedia melangkah ke fasa baharu dalam kerjaya menembaknya dengan kehadiran jurulatih baru berkelas dunia dari Korea Selatan, Kong Hyun-ah, yang kini mengemudi kem menembak rifle negara.
Dia mengakui keterujaan itu membuak-buak selepas berjaya membuktikan kehebatannya menjadi wakil tunggal Asia Tenggara yang layak di pentas final Piala Asia Bangkok bulan lalu.
Pengalaman berlatih bersama jurulatih tempatan sebelum ini telah membentuknya menjadi penembak yang konsisten, namun baginya ini adalah masa untuk melangkah ke peringkat seterusnya.
"Ini pengalaman pertama saya di bawah jurulatih asing yang merupakan seseorang yang mempunyai reputasi tinggi.
"Jadi saya harap prestasi saya akan bertambah baik," katanya.
Dengan kehadiran pakar dari Korea Selatan itu yang memiliki rekod cemerlang dalam melahirkan penembak bertaraf dunia, Haritz yakin latihannya akan bertambah intensif dan berkualiti demi memastikan namanya kekal sebagai pesaing utama di peringkat antarabangsa.
"Ini bukan acara utama saya jadi saya terkejut dapat mara ke final dan menghasilkan persembahan yang baik.
"Prestasi saya dalam acara air rifle juga agak bagus dan mudah-mudahan lebih baik," katanya mengenai mutu persembahan dalam Piala Asia lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video