Skip to main content

Sukan Lain

Hari Raya cara sihat bersama ISN

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

radzi.jpg
Selepas 8 hari kita meraikan Hari Raya Aidilfitri, kini sudah tiba masanya untuk para atlit negara kembali ke’sarang’ demi persiapan menjelang kejohanan seterusnya!

Dan pihak Insitut Sukan Negara (ISN) ada berkongsi tips buat atlit negara yang ingin kembali jalani latihan biarpun masih dalam ‘mood’ raya!
  1. Start light, build fast
Tips paling berharga buat atlit adalah untuk memulakan latihan secara ringan terlebih  dahulu dan hanya meningkatkan intensiti selepas benar-benar cergas. Ini bagi memastikan tiada kecederaan berlaku!
 
  1. Revisit your ‘WHY’
Selalu ingatkan kepada diri mengenai tujuan utama anda bergelar atlit! Kembalikan keghairahan anda sebagai seorang atlit negara.
 
  1. Use your festive energy
Salurkan mood perayaan dalam sesi latihan untuk pastikan sesi berjalan tanpa sebarang tekanan. Dengan cara ini anda akan bebas tekanan dan latihan berjalan lebih santai.
 
  1. Train with teammates
Jalani latihan bersama rakan latihan dan elak berlatih secara berseorangan. Latihan berkumpulan dapat menyuntik semangat kerjasama selain serlah persaingan secara sihat.
 
  1. Update your playlist & routine
Rajin-rajinlah untuk mengemaskini ‘playlist’ lagu sebagai peneman bagi sesi latihan. Dengan cara ini mampu serlah kecergasan mental anda!
 
  1. Nutrition reset
Selepas seminggu menikmati juadah raya yang cukup ‘lazat’ – sudah tiba masanya untuk para atlit kembali ke pelan diet asal. Dengan cara ini atlit mampu kembali focus dalam persiapan ke kejohanan seterusnya.
Ini antara tips berguna yang dikongsikan pihak ISN buat para atlit yang bakal berjuang atas nama Malaysia. Dan kepada peminat sukan kat luar sana pun boleh amalkan tips ini untuk kekal aktif sepanjang musim perayaan ini. Lebih info boleh singgah ke laman sosial ISN. Selamat beramal.

Advertisement

Must Watch Video