Acara tahunan Hari Belia Negara tidak pernah gagal menyajikan keperluan golongan itu dalam mencari jati diri, minat dan peluang untuk mereka lebih ke depan dan memahami dengan jelas sebelum ,emgambil keputusan hala tuju mengenai masa depan mereka.
Kolaborasi di antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Belia Malaysia (MBM) tampil membantu dan tahun ini, pemilihan lokasi strategik di Dataran Merdeka Kuala Lumpur bukan sahaja memudahkan kehadiran belia, malah ia juga merupakan lokasi tumpuan pelancong.
"Kami akan cuba menggilirkan (lokasinya). Sebelum ini kami buat di Sabah, Port Dickson dan tahun lalu di Melaka. Tahun ini kami memilih Wilayah Persekutuan pula.
"Dataran Merdeka mempunyai ruang yang sangat luas untuk menampung pengunjung.
"Dalam masa sama, Dataran Merdeka juga menjadi tumpuan pelancong dari luar dan mereka boleh melihat betapa semangatnya rakyat Malaysia menyambut Hari Belia Negara," kata Penolong Setiausaha Agung MBM, Ng Chor Eng.
Tinjauan krew Nadi Arena sehari sebelum perasmian Hari Belia Negara menampakkan kemeriahannya malah sudah ada pengunjung hadir untuk melihat lebih dekat program ini.
130 aktiviti melalui lima segmen utama antaranya; Port Jana Duit (TVET dan kerjaya), Port Healing (kesihatan mental), Port Gaming (e-sukan), Port Wadah Insan serta Pavillion ASEAN yang turut menampilkan penglibatan belia dari 10 negara ASEAN.
"Kami juga mengadakan segmen Rakan Muda, ini peluang untuk mereka memilih hobi dan minat.
"Selain konsert, Majlis Perasmian Hari Belia Negara akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada malam esok.
"Jemput semua untuk hadir memeriahkan Hari Belia Negara dan tunjukkan semangat belia kita," katanya lagi.