Kepulangan jaguh skuad kuda lasak remaja negara selepas pencapaian membanggakan dalam Kejohanan Kuda Lasak Remaja Dunia Persekutuan Sukan Ekuestrian Antarabangsa (FEI) di romania.
Mengakhiri cabaran di ranking kelima terbaik, skuad negara dalam masa sama menjadi pasukan nombor satu Asia, dan juga satu-satunya pasukan dengan empat penunggang yang berjaya melengkapkan perlumbaan.
Kapten pasukan, Wan Nur Irdina Aisya, menyifatkan keperluan untuk menghadapi cabaran tinggi dalam penjagaan kuda di Romania, namun tetap bangga dapat menampilkan prestasi meyakinkan walaupun dengan segala saingan dihadapi.
"Perjalanan kuda kami untuk sampai ke venue mengambil masa tiga hari dan berisiko tinggi.
"Tetapi, Alhamdulillah kuda sampai dalam keadaan baik dan kami dapat berlatih secukupnya.
"Menuju ke Bahrain, sedikit mudah untuk kami kerana litar senang berbanding di Romania," katanya di Nadi Arena.
Pengurus skuad remaja negara, Wan Mohd Kamaluddin, yakin anak buahnya mampu melakukan lebih lagi, berbanding keputusan yang diraih.
Bagaimanapun, pengalaman di Romania sedikit sebanyak dapat membantu anak buahnya menjelang Sukan Remaja Asia 2025 di Bahrain pada Oktober depan, walaupun menjangkakan cabaran yang sangat besar.
"Kuda-kuda di sana lebih hebat serta cukup terlatih dan kami menggunakan kuda sewa.
"Itulah cabarannya, namun kita akan buat yang terbaik," katanya.
Dapatkan Sekarang

Stamina Kekal Kuat
Dengan sokongan multivitamin Blackmores, tubuh lebih bersedia hadapi cabaran besar di hadapan.
Dapatkan Sekarang