Hanya lima atlet menembak negara akan menggalas tugas sepenuh masa dalam program latihan yang disediakan Majlis Sukan Negara (MSN) manakala selebihnya, termasuk Nur Suryani Mohd Taibi, hanya ditawarkan kontrak separuh masa.
Cuma Alia Sazana Azahari, Johnathan Wong, Ezuan Nasir Khan serta dua penembak acara shotgun diberikan kontrak sepenuh masa.
Buat jurulatih menembak negara, Baharudin Hashim, ia merupakan jumlah terkecil memandangkan hanya tiga atlet sepenuh masa di bawah seliaannya.
"Setakat pengetahuan saya, ia merupakan jumlah terkecil skuad menembak di bawah program latihan kebangsaan.
"Penembak-penembak lain akan di serapkan ke dalam kluster keempat dengan latihan separuh masa.
"Senarai penembak yang terlibat akan diketahui dalam Mesyarat Jawatankuasa Kerja yang akan datang.
"Bagaimanapun, tumpuan dapat diberikan kepada jumlah atlet sepenuh masa yang kecil itu untuk memastikan mereka dapat memberikan yang terbaik dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan SEA Manila tahun ini," katanya.