Genap sehari isu melibatkan Persatuan Kriket Malaysia (MCA) yang mengaitkan perletakan jawatan jawatankuasa tertinggi secara beramai-ramai.
Menteri Belia & Sukan, Hannah Yeoh, menegaskan pihak mereka tidak akan masuk campur dengan kemelut yang berlaku dalam persatuan itu.
Dalam masa sama, Hannah juga berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin dengan cara yang baik.
"Untuk KBS kita memang tidak masuk campur. Untuk pengurusuan persatuan sukan, semua itu dikendalikan oleh pesurujaya sukan.
"Jadi mengikut perlembagaan persatuan, ada caranya untuk mereka hendak mengganti pemimpin mereka. Semua itu mesti ikut perlembagaan persatuan masing-masing." katanya.
Sementara itu, Hannah menambah bahawa apa-apa persengketaan dalam persatuan sepatutnya boleh dibawa kepada saluran betul yang telah disediakan.
"Kalau ada apa-apa pertikaian, kita ada jawatankuasa pertikaian sukan yang ahli-ahli persatuan boleh buat laporan. Dan yang itu akan dikendalikan pesuruhjaya sukan." tambahnya.