Abdullah Harun, bapa kepada pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, tidak menolak kemungkinan anaknya akan berpindah ke pasukan SIC Racing Team bermula musim depan.
Desas-desus penghijrahan Hafizh ke pasukan baru bertiup kencang selepas dia dilaporkan tidak serasi dengan pihak pengurusan Petronas Raceline Malaysia.
Abdullah tidak menolak kemungkinan bahawa Hafizh bakal menyertai sebuah pasukan baru untuk musim 2018.
Tambahnya, Ketua Pegawai Eksekutif Sepang International Circuit (SIC), Datuk Razlan Razali, dilaporkan sudah pun beberapa kali membuat perjumpaan dengan pihak Hafizh.
"Bagi saya, bertukar pasukan salah satu pengorbanan. Tetapi salah satu faktornya adalah kerana banyak masalah dalaman yang berlaku.
"Ada sesetengah perkara saya tidak cerita bagi menjaga aib seseorang. Bagi mereka yang tahu perkembangan Hafizh, ada sesetengah perkara yang dia tidak dapat lakukan sebelum ini," jelas Abdullah.
Hafizh mencipta kejayaan meraih podium pertamanya selepas lima tahun apabila menamatkan saingan Moto2 di tempat ketiga di belakang Dominique Aegetter dan Thomas Luthi di Litar Misano, semalam.
Difahamkan Hafizh akan pulang ke Malaysia selepas GP Aragon, 24 September ini dan pengumuman mengenai hala tuju kariernya dalam Moto2 akan dibuat selepas itu.
"Kemungkinan dia akan ke SIC tetapi secara rasminya masih belum ditandatangani lagi. Kita perlu tunggu dia pulang dari Aragon," tambah Abdullah.