Skip to main content

Sukan Lain

Gusti lengan bakal dipopularkan ke sekolah-sekolah Sarawak

img-20180201-wa0004.jpg
Persatuan Sukan Lengan Sarawak (SASA) merancang untuk memperkenalkan sukan gusti lengan ke setiap sekolah di Sarawak.

Presidennya, Matthew Dominic Barin, berkata usaha itu bertujuan membangunkan sukan tersebut di peringkat akar umbi memandangkan ia semakin popular di dunia.

“Kita perlu menunjuk ajar atlet-atlet muda kita akan cara yang betul bergusti lengan kerana kita tidak mahu mereka cedera," katanya ketika sesi bersama media sebentar tadi.

Katanya, jaguh dunia, Devon Larratt, bermula pada usia yang sangat muda sebelum berjaya.

“Pada masa yang sama, kita juga merancang untuk menubuhkan kelab gusti lengan dan akan berbincang dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak mengenainya.

“Pendedahan di peringkat akar umbi akan membantu mencungkil bakat baharu dalam sukan ini,” katanya lagi.

Larratt pula, ketika ditemui, memuji inisiatif SASA dengan memperkenalkan sukan itu di peringkat sekolah sambil berkata ia permulaan yang tepat oleh persatuan berkenaan.

Jaguh dunia dari Kanada itu berkata gusti lengan kini semakin diminati dan dimainkan di serata dunia.

 

Advertisement

Must Watch Video