Skip to main content

Sukan Lain

Grand Final VTF: Nor Sarah mula selesa dengan galah baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

nor-sara-adi_1.jpg
'Ini tempat saya kembalikan rentak.' 

Demikian laungan atlet lombol bergalah Universiti Putra Malaysia (UPM), Nor Sarah Adi, menjadikan Grand Final Varsity Track and Field (VTF) 2025 sebagai medan mengembalikan prestasinya sebelum ke Sukan SEA Thailand.

Nor Sarah -- yang baru sahaja pulih sepenuhnya daripada kecederaan -- tidak ingin terlalu gelojoh dan akan mengambil masa untuk pulih sebaiknya sebelum ke temasya dwitahunan itu yang bermula 9 Disember depan.

"Galah yang digunakan sekarang memberikan saya keyakinan bahawa ini masa yang tepat untuk menggunakannya. 

"Untuk persiapan tiga minggu lagi menjelang Sukan SEA, saya perlu sesuaikan diri dengan galah lebih panjang, 4.45 dalam untuk menetapkan sasaran realistik dalam Sukan SEA. 





"Semestinya saya nak sumbangkan medal untuk Malaysia," katanya. 

Kisah kebangkitan turut dilakar dalam acara baling tukul besi wanita diamond yang menyaksikan Nurul Hidayah Lukman -- juga daripada UPM -- mempertahankan pingat emas yang dimenanginya tahun lalu.

Malah, kekangannya selama dua tahun tanpa tunjuk ajar daripada jurulatih akhirnya terlerai 

"Walaupun rasa tidak cukup masa apabila hanya mempunyai jurulatih tiga bulan sebelum Sukan SEA, tapi saya rasa pelantikan tetap boleh membantu (pencapaian) saya," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video