Skip to main content

Sukan Lain

Grand Final VTF: Gelaran Raja Pecut tonik terbaik Aliff Iman menuju Sukan SEA Thailand

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aliff-iman-fahimi.jpg
'Yang telah dijanjikan berjaya ditunai.'

Ia ungkapan terbaik menggambarkan atlet pecut Universiti Putra Malaysia (UPM), Aliff Iman Fahimi, yang muncul sebagai Raja Pecut Grand Final Varsity Track dan Field (VTF) 2025 di Stadium UPM, malam tadi. 

Selepas kecederaan mengetepikannya edisi lalu, catatan 10.52 saat menobatnya sebagai Raja Pecut yang secara tidak langsung menjadi tonik untuknya berjuang dalam Sukan SEA Thailand 2025.

"Bukan sahaja gelaran Raja Pecut, malah saya juga dapat perbaharui rekod peribadi. 

"Ini adalah satu persediaan untuk menghadapi Sukan SEA dan saya mahu elakkan sebarang kecederaan," katanya. 

Dalam saingan wanita pula, Nurul Wardatul Huwaida Hamka, unggul selepas pertama kalinya memecah kebuntuan untuk berlari di bawah 12 saat.

Nurul Wardatul mencatat masa 11.95 saat untuk dirinya meraih gelaran Ratu Pecut Grand Final VTF tahun ini.





"Ini kali pertama pada musim ini saya mampu melakukan larian di bawah 11 saat. 

"Kalau pencabar terdekat dapat berikan saingan, ia boleh mendorong catatan yang lebih baik," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video