Pendahulu saingan hari kedua Kejohanan Golf Jelajah Toyota: Piala Yaris, Ng Jing Xuen, menjadikan masa terluang dengan melayari media sosial agar tidak terlalu tertekan dengan suasana perlawanan yang tertangguh.
Bersandarkan motivasi terbaik itu, dia menamatkan saingan di The Mines Resort & Golf Club, hari ini, dengan cukup cemerlang menerusi 69 pukulan untuk catatan dua di bawah par bersama lima birdie dan tiga bogey.
Justeru, fokusnya akan tertumpu kepada hari terakhir saingan yang memaksa dirinya menyajikan prestasi tekal demi mengesahkan kejuaraan.
"Saya pernah melalui detik permainan tertangguh jadi pengalaman ini membantu saya untuk kekal tenang dengan mengetahui bahawa cuma perlu meneruskan rutin kejohanan.
"Pukulan 'drive' saya agak meliar memandangkan saya cuba menggunakan teknik berbeza.
"Saya mendapati ia sangat cabar, mujur saya mampu kembali bangkit," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Winnie Ng yang menguasai kedudukan kedua pula mengakui kurang berpuas hati mengharungi dalam pusingan kedua memandangkan dia menghadapi beberapa kesukaran pukulan.
Keputusan 72 pukulan dengan satu di atas par bersama empat bogey dan tiga birdie membuktikan bahawa dia perlu melakukan sesuatu perubahan demi mengejar kedudukan terbaik.
Shaiful Shamsudin
Wed Nov 06 2024