Wakil negara, Edven Ying, dan Daeng Abdul Rahman, kini berkongsi kedudukan sama di tangga ke-10 dalam saingan hari ketiga Jelajah Golf Toyota 2024 di Kota Permai Golf And Country Club, hari ini.

Bagi Edven, walaupun berjaya mengekalkan kedudukan itu namun dia terpaksa akur bahawa permainan yang ditampilkannya hari ini tidak seperti yang dirancangkan selain perlu mencari kembali persembahan terbaik dirinya menjelang pusingan keempat yang juga pusingan terakhir.

"Hari ini saya tidak beraksi dengan baik, sampai penghujung baru kembali baik. Harini keadaan fizikal saya dalam keadaan kurang baik.







Selepas raih birdie, kemudian bogey kembali lalu birdie sekali lagi, jadi saya perlu ubah dan selepas itu dapat keyakinan semula." katanya.

Dalam pada itu, bagi Daeng Abdul Rahman, satu kepuasan dan kegembiraan buat dirinya apabila berjaya mempamerkan aksi lebih baik daripada pusingan kedua sebelum ini.