Hari pertama Kejohanan Golf Jelajah Toyota: Piala Yaris menyaksikan Afif Fathi mendominasi kategori lelaki dengan 66 pukulan, lima di bawah par termasuk tujuh birdie dan dua bogey.

Meskipun ketinggalan pada awal permainan, Afif melakukan kebangkitan untuk memintas pendahulu, Zia Izzuddeen, yang melakukan kesilapan apabila mencatatkan double bogey di lubang ke-14.

Walaupun kesihatan kurang mengizinkan, kekangan itu tidak mematahkan semangatnya untuk mempamerkan aksi bertenaga selain berhasrat mengekalkan konsistensinya sehingga hari terakhir saingan.

"Secara tiba-tiba rasa tidak sihat berkemungkinan akibat cuaca. Berlawan dengan kesakitan agak susah tetapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.




"Kejohanan lalu tidak begitu baik jadi saya mahu memperbaiki prestasi memandangkan ini adalah pertandingan terakhir tahun ini bagi aksi tempatan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman.