Skip to main content

Sukan Lain

Genever tinggalkan skuad skuasy negara

genever.jpg
Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) mengesahkan ketua jurulatih skuad negara, Peter Genever, meletakkan jawatan selepas membimbing skuad kebangsaan sejak 2011 dengan alasan mahu bersama keluarganya di England.

Perkara itu disahkan oleh Presiden SRAM, Nik Razeen Daud, mengenai skuad skuasy negara bakal kehilangan khidmat jurulatih berpengalaman itu.

Nik Razeen turut menjelaskan keluarga merupakan dorongan buat Genever untuk kembali ke England sementara pihak SRAM akan berusaha untuk mencari pengganti secepat mungkin.

"Genever telah meletakkan jawatan dan hari terakhirnya bersama skuad kebangsaan adalah pada 28 Februari. Beliau telah bersama skuad negara selama tujuh tahun," katanya.

"Antara faktor Genever meninggalkan skuad negara adalah atas sebab peribadi. Beliau mahu bersama keluarga dan mencari peluang tugas kejurulatihan di England.

"Hubungan di antara Genever dan SRAM adalah baik dan kami agak kecewa kerana melepaskan khidmat beliau.

"Ketiadaan beliau akan memberikan impak kepada skuad negara tetapi kami sedang berusaha untuk mencari pengganti secepat mungkin."

Advertisement

Must Watch Video